Sunday, May 22, 2016

As salamu'alaikum dan salam sejahtera,

Peperiksaan di sekolah saya baru sahaja berakhir minggu lepas. Maka, bermulalah sesi penandaan kertas. Rasanya penat menyediakan kertas soalan tidak habis lagi, bersambung pula dengan proses menyemak jawapan pelajar. Bukan penat badan, tetapi penat otak. Hei! Saya bukannya mengeluh buat semua itu! Saya enjoy tetapi saya tetap tidak boleh menafikan yang saya memang penat. Saya cuma manusia biasa...

 

Rasa irihati juga bila lihat ada rakan-rakan aliran agama dapat kertas soalan gabungan pelbagai sekolah. Guru-guru akademik hanya dapat set soalan gabungan untuk kelas-kelas peperiksaan utama sahaja. Saya mesti buat sesuatu!

Alangkah bagusnya jika kita semua juga dapat bergabung membuat kertas soalan bagi subjek masing-masing. Tetapi masalahnya, topik pelajaran kita mungkin tidak sama. Ada yang sedikit, ada yang banyak. Ada yang ikut turutan bab, ada yang tidak. Malah, ada yang memerlukan tahap soalan yang agak rendah dan ada pula yang tinggi. Oleh itu, kita memerlukan pengumpulan soalan yang pelbagai tetapi sesuai untuk semua.

Kerja seperti ini bukan mudah. Saya tidak mampu melakukannya seorang diri. Risiko juga banyak. Tetapi, dengan adanya koleksi bank soalan, kita dapat mengurangkan tekanan kerja, dapat berkongsi soalan, bahan sumber dan pandangan masing-masing.

Risiko pula... ia mungkin mudah diakses oleh pelajar, publisher dan guru-guru yang ingin mengaut keuntungan sendiri. Pening hmmm..... ada idea?

Setiap soalan pula perlu diedit. Takkan nak tunjuk pada guru-guru, yang entah apa-apa format dan 'setting'nya. Gambar perlu jelas, font dan line spacing perlu standard, paper margin and size..... banyak laa...

 

Saya mungkin mampu edit (biasa juga buat kerja-kerja edit nih) untuk beberapa puluh soalan sehari. Tetapi, bagaimana jika soalan yang diterima sehingga beratus-ratus jumlahnya? Memang seronok tengok angka-angka yang semakin meningkat, tetapi macam mana nak siap edit seorang diri?? Oleh itu, saya perlu rakan. Rakan jer? Tentulah tidak..... keringat dan masa mereka perlu dibayar supaya mereka rasa berbaloi dan termotivasi untuk meneruskan usaha ini. Dari mana sumber kewangan untuk menampung kos itu? Siapa mereka-mereka yang akan bertindak sebagai editor nih? Jawapannya ..... guru-guru di antara kita yang berminat untuk membantu proses ini.

Hak milik soalan?..... tiada hak milik. Setiap ahli akan berupaya mengakses keseluruhan bank soalan. Di sini, setiap soalan diisi mengikut subjek, tingkatan/ kelas dan bab. Saya menggunakan akaun Box.net kerana aplikasi untuk edit secara online disediakan untuk owner akaun itu. Pengguna juga tidak perlu bayar untuk download apa-apa, tidak perlu tunggu masa untuk download (countdown) dan tiada iklan. Best kan ^_^



Tetapi, bila cikgu-cikgu semua dah download soalan, edit la soalan tu sikit. Bukankah ini memang budaya seorang guru? Seorang guru yang baik, pasti akan edit soalan supaya tidak terlalu serupa dengan sumber asal. Contoh... tukar kedudukan pilihan jawapan ABCD ker, tukar nama orang atau tempat ker, tukar jumlah markah, buang atau tambah anak soalan, tukar struktur ayat, macam-macam laa. Alaa... sikit jer tu.

Saya berharap sangat bank soalan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan dapat memberi manfaat kepada kita semua sebagai guru-guru yang berdedikasi.

"SHARING IS CARING"